Darjah 5

Ahad, 7 Mac 2010

BAWANG PUTIH, BAWANG MERAH

Salam Sejahtera murid-murid.

Cikgu harap kamu dalam keadaan sihat dan sejahtera.

Pagi ini merupakan kali pertama kamu membuat latihan Bahasa Melayu melalui blog. Cikgu harap kamu dapat meraih ilmu baru melalui latihan ini.

Bagi aktiviti hari ini, kamu perlu tonton video yang bertajuk Bawang Putih, Bawang Merah. Selepas menonton video ini, kamu harus membuat tugasan berdasarkan arahan yang diberi.




Arahan:
(1) Gunakan kata ajdektif untuk menggambarkan rupa dan sifat/sikap watak Mak Kundur, Merah, Mak Labu dan Putih. Kamu boleh menggunakan format berikut:
Mak Kundur
Rupa: gemuk,...
Sifat/Sikap: garang, ...
(2) Dengan menggunakan tidak kurang daripada 50 patah perkataan, berikan pendapat kamu selepas menonton cerita ini. Kamu boleh mulakan dengan frasa berikut:
Selepas menonton video ini, saya berpendapat bahawa ...
(Bagi soalan ini kamu boleh nyatakan perasaan kamu, adakah cerita ini menarik, apakah pengajaran yang terkandung dalam cerita ini dan lain-lain lagi)
Terdapat dua cara untuk kamu membuat latihan ini.
(1) Menaip tugasan anda menggunakan Microsoft Word dan e-melkan di alamat cikguhartini@yahoo.com.sg
atau
(2) Menulis di kertas tulis dan menghantarkannya kepada guru Bahasa Melayu kamu keesokan harinya.
Selamat Mencuba!

3 Ulasan:

  • Murid-murid digalakkan menggunakan ruangan ini untuk memberi pandangan tentang tugasan yang diberi. Selepas memberi pandangan, jangan lupa untuk menulis nama dan darjah masing-masing.

    Selamat mencuba!

    Cikgu Hartini

    Oleh Blogger E-Hub Karya Kita, Di 8 Mac 2010 pada 6:15 PG  

  • Selamat Mencuba..:))

    Daripada Cikgu Laila Sari

    Oleh Anonymous Tanpa Nama, Di 8 Mac 2010 pada 6:47 PG  

  • PENGUMUMAN!

    Cara-cara memberi pandangan.

    (1) Tekan butang 'Hantarkan Pandangan Anda'.

    (2) Tuliskan pendapat anda di dalam kotak 'Pendapat Anda...'

    (3) Pilih identiti 'Nama/URL'

    (4) Tuliskan nama anda di dalam kotak Nama. Kotak URL dibiarkan kosong.

    (5) Picit butang 'Terbitkan Ulasan Anda' yang berwarna jingga.

    Oleh Anonymous Cikgu Hartini, Di 8 Mac 2010 pada 6:57 PG  

Catat Ulasan

Langgan Catat Ulasan [Atom]



<< Laman utama